TENTANG SAYA

Aku lahir di Muar, Johor. Tapi dibesarkan di N.9.
Takdir Allah SWT, aku ditemukan jodoh dengan orang Muar
Maka...bermastautinlah aku di Muar
Syukur...walaupun takde Pavi..takde Mr DIY
tetap kene syukur :D

Dikurniakan 2 orang cahayamata yang lengkap pada aku
Alhamdulillah
Sorang Lelaki sorang pompuan
Sorang kanan...sorang kidal
Sorang putih sorang sawo matang..kihkihkih

Suami aku seorang yang sangat2 busy
dengan jawatan yang dia sandang
dengan kerja yang dia handle
(nangis dalam hati sbb jarang dapat jalan2)

apapun...aku sayang keluarga kecil aku



pilih gambar masa kurus aje ;p

suami aku mmg pemalu

IFFAH anak kedua aku

IMRAN anak yang sulung
setakat ini sahaja cerita aku tentang keluarga kecil aku.

till then..wassalam


SAHABAT

Aku perlukan SAHABAT. 
aku tak taulah kalau sape2 dalam dunia ni tak perlukan sahabat...
aku mmg tabik spring lah dgn orang2 lone ranger macam gini

aku rasa aku dh bersahabat dengan mereka2 ni since 2009
sejak aku berpindah dari opis lama ke opis sekarang ni

tapi sekarang..salah sorang dari sahabat aku..Kak Wan dah pun
berpencen pada 30.4.2015 yang lalu

As a best friend...aku dengan Alfun berpakat untuk belikan dia sesuatu
sebagai Tanda Ingatan
eehhh...jauh ni beli. hadiah dari Kuwait uols!!! 
Mesia takde jual. Kat Nilai 3 takde okay...mihmihmih

abaikan kecomelan aku ye

Semoga Kak Wan bahagia mlalui hari-hari berehat di rumah.
Semoga kesihatan Kak Wan bertambah baik
Semoga Kak Wan dimurahkan rezki dan lain-lain lagi


manjanya aku.haktuiii

so..sekarang tinggallah aku berdua bersahabat dengan Dina Ben Abad setiap hari. Harapnya Alfun tak jemu lah nak menghadap muka aku sampai pencen nanti. lagi 20 tahun. Bahahaha. In Sha Allah jika dipanjangkan umur...

till then..tata!



 




ROTI GULUNG BERSOSEJ : RESIPI PERTAMA

Assalammualaikum and hai hai bai baiya...
Sebagai resipi pertama dalam blog..takkanlah aku nk up resipi 
kek Indulgence buatan sendiri kan..
takkanlah aku sehebat ituww.bahahaha

So..inilah dia Menu kegemaran aku, adik aku dan suami aku
Roti Gulung Bersosej
Senang bak ang!!

apa yang kita perlukan hanyalah:
1. Roti Putih
2. Sosej
3. Telor sebijik
4. Bread Crumbs (Serbuk roti) 
5. Penggelek (kalau tak ada...gelek pakai cawan pon boleh uols)

mumula...kenelah baca bismillah dan basuh tangan bersih2
pastu...kalau aku, aku suka buang kulit2 tepi roti tu supaya roti tu mudah nak melekat dgn telor. geleklah roti tersebut sambil bergoyang inul..

lepas dah gelek bagi nipis sikit roti tu...letak le sosej yg dah direbus (aku suka rebus sebab kurang kolestrol)

pastu celupkan roti tadi ke dalam telur. dah celup ke telor...celop ke bread crumbs pulak

lepas tu marilah kita goreng roti tadi...goreng dalam minyak yang banyak

beginilah rupanya Roti Gulung Bersosej Kak Senah yang jelita lagi menawan


jari sape le tu...




 amaciam?? terlior tak? ;p





AKU DAN D.Y.M.M SULTAN IBRAHIM IBNI ALMARHUM SULTAN ISKANDAR

18.4.2015...Bersempena Majlis Meraikan Pertabalan Tuanku sebagai SULTAN DAN YANG DIPERTUAN BAGI NEGERI DAN JAJAHAN TAKLUK JOHOR DARUL TA'ZIM aku ditugaskan untuk mencatit kehadiran penerima-penerima pingat bagi Daerah Muar semasa Jamuan Minum Teh bersama Tuanku tu.

Tetapi bijaknya aku...aku tak bertugas pun! tapi aku....hmmm cakap pon tak guna...tengok gambar jelah



                                                   :D

aku tak terucap dengan kata2 nak  cerita perasaan aku mcmane masa ni.gugup ada...speechless ada..happy ada..terkejut pon ada... :D

1 yg aku perasan masa bergambar ni...Tuanku wangiiiii sangat...
walaupon berpeloh2 sebab cuaca panas terik masa tu
Yang kelakarnya Tuan Haji Muji (Pegawai Daerah) sengih2 tengok aku
sori Tuan Haji! saya datang memang nak selfie aje. hihihi


Till then...muahciked



WEDDING ZAKI & JAJA


15.5.2015 tepat jam 10.45 malam
Zaki selamat menyalami tangan ayah Jaja
menikahi ratu hatinya...cewah!
dan secara automatisnya...selamat bergelar suami kepada Jaja

Welcome to our family Jaja!!

Walaupon...hari dah larut malam
dengan anak2 aku dh tak tentu arah dibuatnya
tp kami bertabah menunggu sehingga majlis selesai
kata nak meraikan perantin...sila bertabah ye!

dan esoknye 16.5.2015 mereka bersanding

yang seronoknya pengantin perempuan meraikan 3 peristiwa terindah
dalam hidupnya:
1. Hari perkahwinan(yay! dah kawen)
2. Hari Guru (Jaja ialah cekgu)
3. Hari Jadi (happy beday Jaja!) 

so...lets enjoy the pic (kredit to my Note 3 cabok)
p/s : gambar mcm haram.J bersepah

                   aku..kemain tangan mcm pengantin...kihkihkih


debaran bakal suami. dah selamat dah pon!

 takyah nak duck face sgt eh imran. tema kami 3 beranak malam tu ialah hijau tua emerald green katanya.hehehe

 selamat bergelar suami isteri.tahniah!


iffah berkata dalam hati...apasal gedik nau mak aku nih? hehehe. siangnya kami 3 beranak bertemakan kaler ungu pula...sanggop berhabis duit semata2 nak bertema! memang melampau mak kau pah!


 iffah sama tema dgn pengantin...suweettt


 9 beradik emakku...lg sorang Zeproo is invisible.kihkihkih

Emak dan Zaki...mak asikla nangis.sebak nau katanya.alaa kawen kan nak happy2...takmo nangis2 ahhh ;D

budak ni bedal 3 batang eskrim melaysia masa wedding tu.tak makan nasik langsung.sudahnya sakit perot masa otw balik tu.haaa cakap ibu taknak dengo! biasaaa diaaaa

ok..itu sahaja sedikit sebanyak kenangan dirumah jaja.gambo byk tp mls nk upload sini...

till then....muahciked!










AKU DAN BAGAIRATU Pt.2

Assalammualaikum and hi to myself.bahahahaa
again aku merapu untuk aku baca sendiri
why bother! why bother!
ehhh dh mcm Diva AA 
si mulut muncung itik gembo2 tuuu
coiii

aritu aku ckp nk tunjuk gambo sebelum & selepas kannn
ceh...walaupon set lighting tak betol..ada aku kesah!
aku nk tunjuk jgk keberkesanan aku consume BAGAIRATU ni

selain dari kulit muka..aku perasan kulit seluruh badan aku tak mudah kering
kalau dulu kat jari-jari kaki tu mcm mengelupas kering
tp semua itu tiada lagi selepas pengambilan produk ini
cehhh ayat iklan sangattt

pastu crack heels aku berkurangan. dh molek dah kaki makcik! 
takla malu kalau tak pakai stokin tu sbb tumit dah flawless gituw
tumit flawless???!! kahkahkah

ahhh menceceh banyak pon tara gunaaa...jom tengok gambo makcik!


amaciam???


Projek Naik Bas ke Kuantan...Rombongan Cik Tijah


15 Mei 2015 pukul 10 pg

Kami sekeluarga dlm 39 orang berkumpul kat depan Masjid Paya Redan
bersedia nak naik BAS SEKOLAH menuju ke Kuantan...yay!!!

punyelah seronok kami nak naik bas...Allah saja yg tahu
dalam pada tu...seronok jugak sbb nak meraikan Zaki nanti...hehehe
Ingat lg anak aku si Imran...dr Bukit Pasir ke Pagoh (setengah jam perjalanan), asikla berzikir sebelah telinga aku dgn apaknya
Yan nak naik bas....Yan nak naik bas.......
Comellll....walaupun rasa nak cengkam pon ada  

Bas tu kami sewa dgn harga RM1400.00. hmmm...mmg byk cerita la pasal ni
tp aku tak nak cerita kat sini sbb.....aku rasa tak perlu
aku sayang family aku.terima kasih kepada semua yg sudi bg kerjasama dalam menjayakan Projek Naik Bas ke Kuantan...Rombongan Cik Tijah katanyer!! hehehe

meh aku tepek beberapa keping gambar dalam bas untuk kenangan kami semua (sayanglah tak amik gambar beramai-ramai depan bas...ralat noh rasanya)...its ok...there will be another time In Sha Allah...enjoy!



imran always be the cheeky one.Alhamdulillah imran tak cranky..tak susahkan ibu pon...ok lepas ni ibu boleh bawak naik train pulak ye. hehehe


iffah...mebi sbb dia kecik lagi so agak cranky and tantrum beberapa kali...tp berkat pertolongan ramai orang...iffah cool and steady..phewww


ni mak anjang aku. as always ceria but sometimes boleh jadi ratu airmata jugak. dalam bas 24jam pegang tangan dgn pak anjang...so loving couple.semangat mak anjang lah maka Projek Naik Bas ke Kuantan...Rombongan Cik Tijah ni berjaya diadakan.thank youuuu



mak andak and pak andak...loving couple gak nih...sayangnya pak unggal Azie tak ikot..kalau tak...lagi havoc bas aku rasa.hahaha



baju merah tulah pak unggal..bizi handle kambing2 nya...yg dpn tu ayah aku...nk baca doa memulakan perjalanan...sayangnya tak ambil gambar mak sbb mak melayan badan tak sehat...

so...akan ada Pt 2 of the story...tungguuu 
bajet ada org nak baca la cerita kau nih
why bother!
tata...








KERJA ON SUNDAY


hmmm....masih tak dpt terima dek akal
bekerja di hari ahad
walaupon tinggal 5 minit nak balik...

tabahkan hatimu nakkk
bilang malaikat di dalam hati

huhuhuuuu

asikla teringat budak2 mata boolat ini...






CERITA TENTANG AKU DAN BAGAIRATU

assalammualaikum
harini aku nk cerita pasal produk BAGAIRATU 
yang dah 2 kotak aku consume since bln 3

inilah dia BAGAIRATU


sebelum aku mengambil keputusan nak makan benda alah ni...
senang cakap apa puncanya la aku makan supplemen ni ialah kerana
masalah kulit muka aku tak sekata, jeragat yg dh tahap ohemjii dan juga kelesuan.

orang anak lg ramai dari aku...tp dorang cool je
balik keje boleh masak, kemas rumah, jaga anak, berkhidmat utk suami...ehh
tapi aku.............................
balik keje je melepek....baringggg je melayan anak2 aku yg baruuu 2 orang tu

so...aku pon pikir aku perlu amik supplemen!!
selain daripada masalah kelesuan pemalas aku tu.....
kulit muka aku pon dah tak cun macam dulu...
bajet ko dulu cun mcm fathia la
sampaikan mak aku & laki aku tegor
terok noh muka ko bertepek2 hitam (iaitu jeragat degil nakal x reti bahasa)
itu pasallah aku beli BAGAIRATU

selepas kotak pertama habis...benda paling aku perasan ialah
aku bertenaga!!! 
aku tak cepat lapar!!!
dan kulit aku seluruh badan tak kering

kulit muka aku plk bertambah baik...nak kata jeragat hilang terus 
aku tipulah kan
boleh aku ckp jeragat aku berkuranganlah

nti aku upload gambar sebelum dan selepas aku makan produk ni ye
rupanya henfon aku dgn pc x connect (cilakak)

kesimpulan cerita aku ni... BAGAIRATU is ohsem






ASSALAMMUALAIKUM...tak jawab dosa!

assalammualaikum
harini 20 mei 2015
aku tak tau apasal aku buat blog ni
mebi sbb aku lonely
atau mebi sbb aku mencari publisiti
bahahahaa
adik aku penah tanya
ko nk buat blog..sape nk baca blog kau
ehhh...dh tntu la aku baca blog aku sndri
well...well...well....

dh berapa hari ni aku tak sehat....
asik telan panadol je
nak kata ngandung...tidak juga
(walaupon dalam hati bersyukur kalau mengandung)

okla...aku nk solek2 dlu blog aku yg ntahpape ni
ntah2 esok dh lupa password
kahkahkah!!
ni gambar masa aku kurus
aku rindu nak kurus wehhhh
huhuhuuu



RESEPI OREO MILK SHAKE



Bahan-bahan ( 1 orang )

  • biskut oreo 3 keping
  • susu duchlady (suka haty nak perisa apa) 1 kotak kecil emy plih perisa strawberry
  • air sejuk 200ml
  • ice (sukahati nak banyak atu sikit kalau nak pekat letak banyak)
  • 2 skop aiskrim vanilla

Cara-cara

  1. masukkan biskut oreo,susu dutch lady,air,ice,aiskrim ke dalam blender
  2. blender sehingga semua lumat dan lama sikit supaya pekat dalam 10 minit.
  3. sedia di hidang...


Copyright to Scha Idha
Designed by UMIESUEstudio 2015