Showing posts with label RESEPI. Show all posts
Showing posts with label RESEPI. Show all posts

BLUEBERRY YOGHURT CHEESE CAKE



Actually aku copy resipi ni dari blogger Masam Manis
aku rasa serasi dengan kesemua resipi kak Azlita ni
dahla baca blog dia rasa macam baca mak-mak kita bercakap
lemah lembot je orangnya

banyak dah resipi dia aku buat
ini salah satu daripadanyalah...


BLUEBERRY YOGHURT CHEESE CAKE

Base:

100g biskut Oreo ~ buang filling tengahnya
45g butter ~ dicairkan

Adunan yoghurt cheese:

125g cream cheese ~ suhu bilik
137g atau 1 bekas yoghurt perisa blueberry
30g gula kastor
80g blueberry filling
125g whipping cream, pukul hingga gebu dan bertanduk (soft peak)
1/2sb + 1/2st gelatin Halagel
2sb air hangat

Biskut oreo yang telah di buang filling tengahnya dikisar halus
Gaulkan biskut oreo dengan butter hingga rata
Kemudian tuang ke dalam loyang dan tekan pada dasar loyang hingga padat
Simpan dalam peti sejuk sebentar

Masukkan gelatin ke dalam cawan berisi 2 sudu besar air hangat
Biarkan gelatin terlarut ~ pastikan letakkan air hangat dulu dalam cawan baru masukkan gelatin
Jika gelatin masih tak larut lagi, masukkan cawan yg berisi gelatin tadi ke dalam bekas berisi air panas
Boleh juga guna kaedah double boiler atau masukkan ke dlm microwave - oven on high dan panaskan 3 minit sahaja
Biarkan ia suam

Pukul whipping cream hingga kental (soft peak) ~ ketepikan
Dalam bekas lain pukul cream cheese, gula kastor dan bluberry filling hingga sebati
Tambahkan yogurt dan gaul hingga sebati
Kemudian masukkan gelatin yg suam tadi dan gaul rata
Perlahan-lahan masukkan whipping cream dan kaup balik adunan hingga rata ~ pastikan whipping cream tidak terlalu sejuk, utk mengelakkan adunan bergentel-gentel bila bergaul dengan gelatin
Tuangkan adunan ke dalam loyang yang berisi oreo tadi
Sejukkan dalam peti ais ~ paling kurang 4 jam
Menggunakan hair dryer, lalukan muncungnya pada sekeliling loyang 2 ~ 3 kali (suhu perlahan)
Keluarkan cheese cake dan alihkan ke atas cakeboard
Hiaskan atasnya dengan blueberry filling
Hias kek ikut kreativiti masing-masing.
Sedia dihidangkan

dan ini hasilnya....

apak imran suka nau kek ni..hihi



CHEF CILIK

ni kisah malam tadi
gigih aku membeli bahan-bahan 
untuk buat Puding Roti
sebenarnya niat hati nak menghabiskan roti tu
sebelum expired

aku guna resipi yang paling simple, paling mudah
dannnn paling sedap..kata laki aku sedap
sedap lettew
hihihiii

ni resipinya

Puding Roti Mudah Dan Sedap

Bahan bahan:

6 keping roti Gardenia
4 biji telur - pukul
1 tin susu cair
3/4 cawan gula pasir.tapi aku pakai gula perang
1 sudu kecil serbuk kayu manis (aku bubuh sikit jek,baunya kuat)
1 sudu kecil esen vanilla
2 sudu besar butter

Cara cara:
Panaskan oven pada suhu 170C. Potong roti kecil kecil atau potong 2 sahaja. Sapukan butter pada roti. Atau jika suka, butter boleh juga dicairkan dan dituangkan ke atas roti yang telah disusun dalam loyang.

Susun roti dalam loyang yang telah dilenser dengan butter. 

*step yang ni aku tak amik gambo. roti tu aku sapu butter pastu aku bakar dulu. taklah lembik sangat makan nanti

telor 4 bijik dikocok manja oleh dak imran

inilah dia chef cilik pertama

tinggal 5 saat dah dicampurnya tepung dalam telor. nasib sikit je. tu mulut dah terjelir tu sentap le tu kene marah
campuran susu cair, gula, esen vanila, serbuk kayu manis. aku letak butter 2sudu.kasi lemak berkrim

Di dalam bekas lain, satukan telur yang telah dipukul dengan susu, gula, serbuk kayu manis dan esen vanilla. Pukul sebati dan tuang ke dalam loyang.

Tekan tekankan roti dengan menggunakan garfu supaya ianya terendam di dalam adunan telur dengan sepenuhnya.

ni chef kedua.kasi main tepung je pon dah happy sangat

inilah hasilnya sebelum dibakar. taburkan chocolate chip kasi molek
Bakar selama 45 minit atau sehingga masak. Sedap dimakan semasa suam suam.

untuk sos kastadnya, aku boilkan fullcream.pastu letak gula ikot suka byk mana pastu letak esen vanila sikit.bila dah mendidih, aku masukkan campuran tepung jagung sikit-sikit sampai kepekatannya ikot suka mak kau jah oiii

maka, hasilnya.....jeng jeng jeng

tadaa!!!!
 
1/4 apak dia makan, 1/4 aku makan, 1/4 imran bawak gi skolah, 1/4 aku bawak ke opis...

sekian...wallahualam


RESIPI SNOW CHEESE CAKE 1/2 ADUNAN

Aku simpan dulu resipi cheese cake 1/2 adunan ni kat sini
Buatnya entah bila
Tapi dah 2x buat jugak sebenarnya
Kali terakhir buat aku letak perasa pandan dan warna hijau
meletops i tell uuuuu

Gambar nti aku upload kendian :D



BAHAN2 DAN CARA2 SEKALIGUS
(hebat tak hebatlah kannnn)
;p


37 gm butter (dicairkan)

Dalam 1 mangkuk, satukan bahan-bahan A

1. 50gm Gula kastor
2. 50gm Tepung superfine
3. 30 gm tepung jagung
4. 1 sudu besar ovalett
5. 25gm air sejuk dari esbok
6. 1 sudu teh baking powder
7. 2 biji telur + 1 biji kuning telur sahaja

Kesemua Bahan A dipukul sebati selama 5-10 min sahaja

Selepas adunan A sebati, campurkan dengan butter yang telah dicairkan tadi
Pukul lagi adunan tersebut dalam 5 minit

Bakar adunan dalam oven bersuhu 170 darjah selama 30-40 minit

Adunan Cream Cheese
- masukkan 1 buku creamcheese dalam mangkuk dan pukul sehingga kembang
- masukkan 1/2 tin susu pekat
- nak lagi sedap, campurkan susu pekat dan fresh krim
- pukul lagi creamcheese dan layerkan di atas kek yang telah disejukkan

Utk efek snowy tu...BEGO cheddar cheese diparut ke atas kek tadi

Sejukkan dulu dalam esbok. Barulah dimakan dengan rakusnya.

Sekian.

p/s : gambar kek akan menyusul kemudian. 
        Harap wekend ni saya rajin...huhuu


Till then love


ROTI GULUNG BERSOSEJ : RESIPI PERTAMA

Assalammualaikum and hai hai bai baiya...
Sebagai resipi pertama dalam blog..takkanlah aku nk up resipi 
kek Indulgence buatan sendiri kan..
takkanlah aku sehebat ituww.bahahaha

So..inilah dia Menu kegemaran aku, adik aku dan suami aku
Roti Gulung Bersosej
Senang bak ang!!

apa yang kita perlukan hanyalah:
1. Roti Putih
2. Sosej
3. Telor sebijik
4. Bread Crumbs (Serbuk roti) 
5. Penggelek (kalau tak ada...gelek pakai cawan pon boleh uols)

mumula...kenelah baca bismillah dan basuh tangan bersih2
pastu...kalau aku, aku suka buang kulit2 tepi roti tu supaya roti tu mudah nak melekat dgn telor. geleklah roti tersebut sambil bergoyang inul..

lepas dah gelek bagi nipis sikit roti tu...letak le sosej yg dah direbus (aku suka rebus sebab kurang kolestrol)

pastu celupkan roti tadi ke dalam telur. dah celup ke telor...celop ke bread crumbs pulak

lepas tu marilah kita goreng roti tadi...goreng dalam minyak yang banyak

beginilah rupanya Roti Gulung Bersosej Kak Senah yang jelita lagi menawan


jari sape le tu...




 amaciam?? terlior tak? ;p





RESEPI OREO MILK SHAKE



Bahan-bahan ( 1 orang )

  • biskut oreo 3 keping
  • susu duchlady (suka haty nak perisa apa) 1 kotak kecil emy plih perisa strawberry
  • air sejuk 200ml
  • ice (sukahati nak banyak atu sikit kalau nak pekat letak banyak)
  • 2 skop aiskrim vanilla

Cara-cara

  1. masukkan biskut oreo,susu dutch lady,air,ice,aiskrim ke dalam blender
  2. blender sehingga semua lumat dan lama sikit supaya pekat dalam 10 minit.
  3. sedia di hidang...


Copyright to Scha Idha
Designed by UMIESUEstudio 2015