Aku simpan dulu resipi cheese cake 1/2 adunan ni kat sini
Buatnya entah bila
Tapi dah 2x buat jugak sebenarnya
Kali terakhir buat aku letak perasa pandan dan warna hijau
meletops i tell uuuuu
Gambar nti aku upload kendian :D
BAHAN2 DAN CARA2 SEKALIGUS
(hebat tak hebatlah kannnn)
;p
37 gm butter (dicairkan)
Dalam 1 mangkuk, satukan bahan-bahan A
1. 50gm Gula kastor
2. 50gm Tepung superfine
3. 30 gm tepung jagung
4. 1 sudu besar ovalett
5. 25gm air sejuk dari esbok
6. 1 sudu teh baking powder
7. 2 biji telur + 1 biji kuning telur sahaja
Kesemua Bahan A dipukul sebati selama 5-10 min sahaja
Selepas adunan A sebati, campurkan dengan butter yang telah dicairkan tadi
Pukul lagi adunan tersebut dalam 5 minit
Bakar adunan dalam oven bersuhu 170 darjah selama 30-40 minit
Adunan Cream Cheese
- masukkan 1 buku creamcheese dalam mangkuk dan pukul sehingga kembang
- masukkan 1/2 tin susu pekat
- nak lagi sedap, campurkan susu pekat dan fresh krim
- pukul lagi creamcheese dan layerkan di atas kek yang telah disejukkan
Utk efek snowy tu...BEGO cheddar cheese diparut ke atas kek tadi
Sejukkan dulu dalam esbok. Barulah dimakan dengan rakusnya.
Sekian.
p/s : gambar kek akan menyusul kemudian.
Harap wekend ni saya rajin...huhuu
Till then love
No comments:
Post a Comment