ANTARA AMALAN-AMALAN SUNAT KETIKA BERPUASA

tinggal lagi 15 hari lagi nak berpuasa
Semoga sampai umur aku nak menghadap bulan Ramadan tahun ni
Kadang-kadang aku rasa nebes pulak nak menghadap bulan puasa
mampukah aku berpuasa
"Berpuasa Sepenuhnya"
Puasa mulut...mata...nafsu...
bukan takat puasa menahan lapar dahaga aje
hmmmmm...............

aku cuba nak amalkan beberapa amalan ni semasa aku berpuasa nanti

1. Membaca 1 juzuk Al Quran sehari 
Aku cuba....aku akan cuba....in sha Allah



2. Membanyakkan sedekah
haaa yang ni In Sha Allah mudah...
sedekah utk masjid, anak yatim (aina le tu), emak ayah
pastu aku nak masak2 dan bg pada anak2 sedara aku
itu kira sedekah jugaklah kan



3. Menuntut ilmu
Yang ni pon aku rasa mudah jugak
Melalui pembacaan (tolonglah habiskan buku tu tasya oiii)
dan juga tengok tv program2 ilmiah 
Macam Tanyalah Ustaz, Al Kuliyyah...kannnn

bila nak habis baca ni :(


4. Berzikir
In Sha Allah yang ni pon boleh buat
Dalam Kereta otw pegi dan balik keje tu..berzikirlah dan berselawat
dari dengar JOHARA terpekik2 Johan tu ketawa..hihihi
sebelum tidur tu...dari berangan nak beli handbag COACH tak sudah2
baik aku berselawat

5. Solat Tarawih
hmmmm....wallahualam :(

6. Membanyakkan DOA
Orang yang berpuasa ketika berbuka adalah antara 
orang yang mustajab doanya
tapi aku takut...aku dh nampak air Katira kang...aku dah lupa nak doa
Ya Allah...ampunilah hambamu yang kerdil ini :(

Baik apapun...semoga Ramadan tahun 2015 ni..
aku lebih bersabar untuk mejalani ibadah rukun yang wajib ni
semoga aku sihat...dan semoga aku dapat puasa penuh juga
amin.... amin Ya Rabb



till then love

 



No comments:

Copyright to Scha Idha
Designed by UMIESUEstudio 2015