DEMAM DAN PUASA

Dari hari pertama puasa sampai hari ke 7
seminggu puasa....genap seminggu
aku minum air batu non-stop
hari-hari...masa berbuka

sudahnya...hari ke 8...dummmm tumbang!
DEMAM!!!

oh well...aku bukannya mcm sesetengah orang
badan rasa nak demam...terus buat keje
keluarkan peloh nanti demam boleh kebah
oh no no no!!!!
jenis aku...aku terus ajak laki aku pegi klinik

2 hari mak tak puasa nakkk
2 hari kene ganti nanti
setakat hari ni lah
huhuhuuu

apa??!!  Ibu saya tak puasa???  ish ish ishhhh



BERBUKA BERSAMA SEMUAAA AHLI KELUARGA

Syukur alhamdulillah...
Ramadan hari ke3 semua dapat berkumpul
berbuka sama-sama kat rumah mak ayah kat palong
bukan senang nak kumpul laki aku ngan adik ipar aku
tapi semalam memang dah rezeki dari Allah la..
Yang paling happy...Mak lah...hehehe

aku sampai dari malam Rabu sehari sebelum puasa lagi
Imal dah awal-awal balik
dapatlah berbuka puasa kat rumah Imal hari kedua tu
tapi tulah...pemalas amik gambar

sebahagian menu...sebahagian ye
 
maka...bazir ramadan telah terjadi pada aku
Adoiiii
hopefully hari ni sampai akhir ramadan
tak berlaku lagi lah ye...
huhuhuhuuu

Selamat berpuasa!!



SELAMAT BERPUASA


semoga RAMADAN tahun ini 1436 Hijrah...
aku dapat melakukan puasa penuh
"P.E.N.U.H"

besar pengertian PENUH tu pada aku
bukan PENUH pada bilangan hari aje
tapi PENUH pada solatnya, zikirnya, selawatnya...
menjaga aurahnya....
dan semoga puasa aku kali ini
bukan setakat aku menahan lapar dan dahaga
dari pagi sampai ke petang

In Sha Allah...

dan semoga aku tabah dan bersabar 
dengan kerenah putera puteriku
dan semoga mereka behave selalu
Aminnnnn.......

untuk suamiku pula...
semoga aku dapat menyediakan juadah yang enak2
untuk berbuka dan bersahur
bukan semata-mata menu bazar sahaja

tetapkan niat! kuatkan azimat
SELAMAT BERPUASA :D

nikmat yang mana yang harus ku dustakan







EMAK AYAH

Kebelakangan ni..kesihatan mak ayah tak berapa baik
aku rasa macam aku nak terbang balik tengok mak ayah 
tapi...bila fikir anak-anak.....
simpan balik jet peribadi yang aku pinjam dari abang ajib
hmmm...

bertabahlah wahai hati
esok lusa dah nak balik palong dah
sambut puasa bersama ayahanda dan bonda

Suami? abam sado tak kesah pon...
harap-harapnya begitulah.....

alaaa... 2-3 hari je kat kampung
lagi 27 hari puasa ada dengan dia kan
takkanlah itu pon nak berkira
kikiki

semoga kesihatan mak ayah kembali pulih
seperti sebelumnya
supaya dapat membanyakkan amal ibadah
sempena bulan puasa ni

gambar ni masa mak masuk wad tahun lepas

ayah yang sentiasa sabar



GUNTING RAMBUT

Duluuu....dari umur setahun sampai 3 tahun
Imran azab sangat nak gunting rambut
huh!!

sampai bergumpal kat kerusi kedai gunting rambut tu
pernah sekali tu...potong separuh je
bayar pon separuh
hahahahaaa
macam2 kenangan antara imran dan barber

tapi sekarang tidak lagi

Imran dah steady dah
Imran dah macho kalau digunting 
maklomlah...dah sado
ehh???

baiknya anak ibu ni

peace tersembunyi dalam kain.hehehe

ok ok! dah nmpk peace



yeay!! dah hensem!!


hensem anak ibu
ok...gunting rambut pon sudah
marilah kita balik
amik adik iffah kat rumah mak nah

sekian....


DILEMA IBU BEKERJA

Aku tak taulah orang lain bermasalah macam aku ke tak
tapi..lately aku sangat2 bermasalah dengan pengasuh
sejak anak dara dia a.k.a pembantu dia kawen....
pengasuh anak aku selalu mintak cuti   :(

harini pon sepatutnya aku cuti....2 hari!!
apakan daya...terpaksalah aku berkorban
amik cuti 2 hari jaga anak2

tak sabar nak tunggu iffah besar
tapi takot mengandung lagi pulak
hehehee

ada opismet aku cadangkan
aku cari pengasuh lain je
tapi...nak serasikan pengasuh baru dengan anak2 kita
bukannya senang
alangkan sekarang pon imran iffah melalak2 nak kesana
hmmmm...

so apa yang aku dan laki aku boleh buat ialah...
BERSABAR

dilema sangat niii




MAJLIS TAHLIL SEMPENA MENYAMBUT RAMADAN AL-MUBARAK ANJURAN HELWA

7.6.2015 (AHAD)

aku bersama 3 orang opismet lain diarahkan ke rumah D.O
untuk ke Majlis Tahlil sempena menyambut Ramadan Al-Mubarak 1436H

Ikut surat jemputan, majlis bermula pukul 2 ptg
wah...dgn impian setinggi gunung aku mengharap dapat balik cepatlah
ikut surat pukul 3.45ptg dh selesai majlis.....
hmmm....rupa-rupanya pukul 3 pon majlis belom mula

 :(

aku si tudung hot pink

tetap nak menjeling jugeee....

amekaw botol mineral kat tengah alam

yg tgh bercakap tu isteri D.O Hajah Sabariah

akhirnya jemputan tak sampai 50 orang pon sbb ramai yg cuti

berkenan dengan langsir :P


so...akhirnya aku blk pukul 5 ptg jugak
hmmmm...
balik rumah kene sakit kepala 
ntahapa2 je

malamnya..kami 4 beranak naik lori ke Gombang pulak
bertambah sakit kepala mak nakkkk
:(




WEKEND DAN SURIRUMAH

hmmm...harini hari khamis
as usual every week ends
aku akan prepare mental dan fizikal
untuk menghadapi situasi dirumah
menjadi isteri...ibu...dan surirumah

khayalannya kita membayangkan
tugas di rumah akan berlangsung
dengan penuh hemah, teratur dan efisien

seperti ini............

hmmmm.....amannya dapat memasak dengan penuh senyuman



tapi sebenarnya...aku rasa la kebanyakan surirumah
akan berakhir seperti ini......................

this is real men!

well..dengan keadaan suami aku yang sangat "membantu" tu...
semua kerja rumah aku uruskan sendiri
takde la cerita setiap minggu ada orang datang 
upah tolong kemas rumah
hmmmm... in my dream...in my dream....

kadang-kadang ada angin malas...aku buat saja aje tengok 
betapa kemasnya rumah aku
hahahaaa

ahhhh cakap banyak pon tak guna
selamat berhujung minggu lah ye tasya
selamat menempuhi multitasking di rumah
:D


p/s : tabahkan hatimu dan tinggikan tahap kesabaranmu



till then....caucincau







RESIPI SNOW CHEESE CAKE 1/2 ADUNAN

Aku simpan dulu resipi cheese cake 1/2 adunan ni kat sini
Buatnya entah bila
Tapi dah 2x buat jugak sebenarnya
Kali terakhir buat aku letak perasa pandan dan warna hijau
meletops i tell uuuuu

Gambar nti aku upload kendian :D



BAHAN2 DAN CARA2 SEKALIGUS
(hebat tak hebatlah kannnn)
;p


37 gm butter (dicairkan)

Dalam 1 mangkuk, satukan bahan-bahan A

1. 50gm Gula kastor
2. 50gm Tepung superfine
3. 30 gm tepung jagung
4. 1 sudu besar ovalett
5. 25gm air sejuk dari esbok
6. 1 sudu teh baking powder
7. 2 biji telur + 1 biji kuning telur sahaja

Kesemua Bahan A dipukul sebati selama 5-10 min sahaja

Selepas adunan A sebati, campurkan dengan butter yang telah dicairkan tadi
Pukul lagi adunan tersebut dalam 5 minit

Bakar adunan dalam oven bersuhu 170 darjah selama 30-40 minit

Adunan Cream Cheese
- masukkan 1 buku creamcheese dalam mangkuk dan pukul sehingga kembang
- masukkan 1/2 tin susu pekat
- nak lagi sedap, campurkan susu pekat dan fresh krim
- pukul lagi creamcheese dan layerkan di atas kek yang telah disejukkan

Utk efek snowy tu...BEGO cheddar cheese diparut ke atas kek tadi

Sejukkan dulu dalam esbok. Barulah dimakan dengan rakusnya.

Sekian.

p/s : gambar kek akan menyusul kemudian. 
        Harap wekend ni saya rajin...huhuu


Till then love


ANTARA AMALAN-AMALAN SUNAT KETIKA BERPUASA

tinggal lagi 15 hari lagi nak berpuasa
Semoga sampai umur aku nak menghadap bulan Ramadan tahun ni
Kadang-kadang aku rasa nebes pulak nak menghadap bulan puasa
mampukah aku berpuasa
"Berpuasa Sepenuhnya"
Puasa mulut...mata...nafsu...
bukan takat puasa menahan lapar dahaga aje
hmmmmm...............

aku cuba nak amalkan beberapa amalan ni semasa aku berpuasa nanti

1. Membaca 1 juzuk Al Quran sehari 
Aku cuba....aku akan cuba....in sha Allah



2. Membanyakkan sedekah
haaa yang ni In Sha Allah mudah...
sedekah utk masjid, anak yatim (aina le tu), emak ayah
pastu aku nak masak2 dan bg pada anak2 sedara aku
itu kira sedekah jugaklah kan



3. Menuntut ilmu
Yang ni pon aku rasa mudah jugak
Melalui pembacaan (tolonglah habiskan buku tu tasya oiii)
dan juga tengok tv program2 ilmiah 
Macam Tanyalah Ustaz, Al Kuliyyah...kannnn

bila nak habis baca ni :(


4. Berzikir
In Sha Allah yang ni pon boleh buat
Dalam Kereta otw pegi dan balik keje tu..berzikirlah dan berselawat
dari dengar JOHARA terpekik2 Johan tu ketawa..hihihi
sebelum tidur tu...dari berangan nak beli handbag COACH tak sudah2
baik aku berselawat

5. Solat Tarawih
hmmmm....wallahualam :(

6. Membanyakkan DOA
Orang yang berpuasa ketika berbuka adalah antara 
orang yang mustajab doanya
tapi aku takut...aku dh nampak air Katira kang...aku dah lupa nak doa
Ya Allah...ampunilah hambamu yang kerdil ini :(

Baik apapun...semoga Ramadan tahun 2015 ni..
aku lebih bersabar untuk mejalani ibadah rukun yang wajib ni
semoga aku sihat...dan semoga aku dapat puasa penuh juga
amin.... amin Ya Rabb



till then love

 



ZOO MELAKA

31.5.2015 Ahad

Sepatutnya aku kerja hari ni. Tapi disebabkan Mak Nah (pengasuh budak2 ni) mintak cuti geramnyaaa pastu apak dorang pulak ada Program Gotong Royong bersama YB Sahrudin...terpaksalah aku mewakilkan diri amik cuti...
sob sob sob :( :( :(

Apak dorang janji pukul 10 pg gotong-royong dah habis.so aku pon bertabahlah menunggu kat rumah. sbb aku dah plan nak ke Zoo Melaka 
bawak Imran Iffah dan anak2 sedara. tunggu punya tunggu punya tungguuu...
tak balik2 jugak Geram lagi

ahhh takyahlah cite pasal geram..mari kita bergumbira di Zoo Melaka. gembiralah sangat bila Iffah buat hal tak nak duduk stroler. 
berangannn nak jalan sendiri...bila nak habis pusing Zoo kalau Iffah jalan?
hmmmmm...sabo jelah

silap tak amik gambar kat sini. budak2 ntah kemana dah
Iffah, Akim, Najwan & Imran

kusyuk betul tgk apa le tuu

Imran tetap nak beraksi

kalau tak kenal binatang ni...mak tak taulah nak

imran dah kepenatan letu


awak skodeng saya ye

helo eberibodi

1st time budak2 ni pegi Zoo...kesian...

imran tetap juga nak beraksi hmmmm

wajah-wajah kesayangan hamba


kenapa ko posing sama ngan laki aku haa :{

syok mandi panas2 ni yek
walaupun percutian singkat kami diiringi kesuntukan masa nak mengejar lepas magrib nak pegi kenduri Yasin rumah jiran....tapi kami berseronok. we just had fun in the Zoo...cukuplah Cuti Sekolah 2 minggu ni kami ke Zoo Melaka.

Insyaallah...cuti hujung tahun ni kami plan nak mandi-manda ke PD pulak. Semoga cuti tahun Ibu masih berbaki. huhuhuuu

Dan sebagai penggemar setia fridge Magnet...sempat Ibu beli FM Zoo Melaka sebagai kenangan kat esbok ibu.hehehehee



kiut kannnn





till then...adios amigos


WEDDING ZAKI & JAJA

30hb Mei hari Sabtu...kami meraikan Majlis Menyambut Menantu
di Kg Gombang, Lenga bagi meraikan pengantin Zaki dan Jaja

Hari Jumaat tu..boleh pulak Iffah demam pagi tu...adus dus duss
aku ni dengan harapanlah nak menyingsing lengan nak membantu sedaya mungkin (cehhh konon2nye lah)
dah siap toto dengan bantal2 nak bermalam kat Gombang
tapi apakan daya...sbb Cik Iffah kita demam...
so plan nk bermalam tu terpaksalah dibatalkan

Jumaat malam Sabtu tu diadakan Majlis Kesyukuran,
Majlis Katam Al Quran dan Lafaz Keluarga Sakinah 
(atas permintaan Mak Itamku iaitu mak pengantin lelaki)

Majlis Kesyukuran oleh Jemaah Masjid Kg Gombang

Katam Al Quran oleh Pengantin Lelaki & Perempuan
Menu hidangan malam tu...nasi putih dengan pelbagai lauk kampung dan yang paling special ialah Sup Tulang (terkenang2 makan sup tulang sambil batok mengokol-ngokol hehehe)

Majlis persandingan esoknya 30hb Mei 2015 berlangsung penuh meriah...
gambar Majlis wajiblah dimulakan dengan Gambar Penyanyi jemputan dari Kg Pergam....iols letuw :P

kau mampu sambil nyanyi sambil tengok anak? bahahahaa
Bapa Pengantin yang sangat penyabar, cool, baik hati, pemurah
Mak pengantin iaitu Makcik aku yang sangat penyayang dan lemah lembut orangnya
cantiknya baju pengantin. very nice colour 
Gambar2 lepas ni adalah sikit sebanyak gambar2 yang sempat aku snap 
maklomlah...aku kan busy masa wedding tu....bz makan kahkahkah

tokey kambing

tunggu giliran nak karoks

penari zapin yang aku rasa macam terpaksa menari je hahahahaha

Model Air Botol Oren Bodow hihihi

memang susah nak amik gambar anak dara i ni

budak melalak tak nak gi rumah mak nah cuti sekolah ni :(

So...usailah sudah Majlis Pernikahan, Majlis Persandingan di Kuantan dan Majlis Bertandang di Kg Gombang. Alhamdulillah kesemua majlis berjalan dengan lancar berkat kerjasama semua ahli keluarga. Rajin makcik2 dan pakcik2 ku. Begitu jugak sepupu2 aku yang MasyaAllah rajinnyaaa..Hanya Allah SWT yang mampu membalas jasa kalian semua.

Kepada kedua mempelai... Mohd Zaki bin Md Rasol dan Nurul Jalilah binti Abdul Rahman..semoga perkahwinan ini membahagiakan dan mengutuhkan kasih sayang yang terbina di antara kalian..Semoga dikurniakan cahayamata yang soleh dan solehah dan meramai-ramaikan lagi ahli Keluarga Haji Md Zam ya.heheheheee



till the...caucincau




Copyright to Scha Idha
Designed by UMIESUEstudio 2015