PERTUNANGAN HALIAH DAN AZUAN

25.7.2015 - 2.30 ptg

Biar gambar berbicara

mini pelamin...zaman aku tunang dulu takde pon :(

ready to make up by MUA bidan terjun..Puan Jaja

5 hantaran dari Lia

ketua Chef yang dah rebeh hahahahaaa

penyeri majlis

this is the best capture..hahahaa

selamat bertunang lia!

candid by me

more candid

tetamu yang dirai

tetamu cilik ni berangan nak makan kacang

cincin disarung.....

di jari manis
selamat dah bertunang...



SELAMAT HARI RAYA!

abang yan! tengok depanlah..ibu nk amik gambo kita niii

oklah ibu..nah pis samat hari gaye

generasi ke3 wak sab & datin pujiah


selamat hari raya semua..dari pompuan kain terjongket

iffah : pasrah aku bergambo dengan pompuan bibir merah menyala ni taw

salam mak! salam...banyak dosa tuu ;p

syahdu beb masa ni...ayor mata berjurai-jurai

iffah selalu memenangi hati semua orang kerana "slow rock" nya tu..hihihi

sampai penyek hidong laki aku...nasib malam x kene terkam mihmihmih


sejoli ke idok? mihmihmih

tertambah anak sorang..baju kaler lain lak tuh

konon nak gambo sekeluarga. 3 Abdul tak sempat lari masuk dlm gambo

anak bapak! copy paste kannnn

flawless nya akuu...

2nd pis from him :D

nasiblah iffah pakai baju ni 3 hari berturut-turut

selamat hari raya!
semoga tahun ini lebih baik dari tahun-tahun sebelumnya
yang penting...bersyukur
dengan kurnia dari Ilahi
Alhamdulillah



MENGHAMPIRI SYAWAL 1436H

Tinggal lagi 4 hari berpuasa
Masyaallah...cepatnya masa berlalu...
susah senang...pahit getir...
cehhh

semoga syawal kali ni
akan lebih bererti bagi aku
dan keluarga aku
walaupun seperti tahun lepas
laki aku raya di pergam
dan aku anak beranak raya kat palong

sedih? memanglaaa....
tapi 1 syawal kan nak meraikan kemenangan
so simpan sedih kat belakang
kita berseronok dulu..

alaa...nanti apak dia sampai jugak ke palong
walau pukul 1100 pagi pon
*flip tudung*

gambar kenangan raya tahun lepas 
insyaallah raya tahun ni iffah makin besar

imran 2 tahun lebih kot masa ni. iffah belom setahun kot..lupaaa



masa ni mak kau selim shady lagi..haa tunggula raya tahun ni.tak muat frame nakkk

walaupon masih terlalu awal
tapi aku dah gatal mulut sangat ni
nak mengucapkan 
SELAMAT HARI RAYA!!!!
pada diri sendiri

muahahahahahaaaa



MAJLIS KATAM AL QURAN PEJABAT TANAH MUAR 2015

Berlangsung pagi tadi
9.7.2015 - 9.00am
syukur alhamdulillah
Tadarusnya dah siap dulu
baca sendiri2
bahahahaaa
dimanakah artinya bertadarus
di jaman ini....

boss aku pakai baju ijau tua arini...hensem juga yee

can you spot the janggut? ;p

bungat telor terhunus?

amikla gambo cik bedah ni sekeping....

zila..muncung cover sikit ye...

maju ke depan perot kau dekkk

lagi 9 ke 10 hari nak raya
nerbes mak incik
hahahaa nebes
xmasal....


6TH ANNIVERSARY

3.7.2015 (hari jumaat), 4.7.2015 (hari sabtu) & 5.7.2015 (hari ahad)
ngam2 sama dengan hari perkahwinan aku dan ajes a.k.a Mail
6 tahun lepas

dah 6 tahun aku kawen rupa-rupanya
terharu mak incik
syukur ke hadrat Ilahi
aku dijodohkan dengan lelaki yang baik
penyayang, romantik....ihikkk
 
walaupon laki aku sangat2 bizi tapi
tahap dia mengutamakan aku dan anak-anak
memang tak boleh lawan
kalau dia dapat surat mesyuarat atau kursus
orang pertama yang dia call...aku
hehehe
mesti dia tanya aku ngan anak2 macamane
ada pernah sekali aku ikot pegi Pontian
tu jelah sekali kot
tapi kalau dia pergi tempat yang menarik
ofkoslah mak incik ikot
ye dak?

alaa dah 6 tahun pon kawen
takdelah bunga...kek bagai
hadiah pon nan hado!

kehadiran mak ayah sangat bererti

nak makan pon pakai baju petronas ;p

eh sedap pulak harini awe kelate masak..agaknya dia tau enibeseri aku laaa

tunggu corelle aku sampai dari U.S..no more mangkuk2 eskrim bahahahaa

ayah mendoakan kesejahteraan kami (sila abaikan pemandangan di belakang tu ye)

dengan hadirnya 2 cahayamata yang menyerikan lagi perkahwinan kami
Alhamdulillah...syukur dengan kurniaanMu Ya Allah.....






IMRAN KENE KUDIS API

aku tak perasan macamana boleh merebaknya kudis imran
sampai 1 badan berkudis
puncanya aku rasa gatal2 sikit
pastu kuku dia panjang  ibu is bizi
tu yg merebak 1 badan tu..sebab dia mengerok2
pastu ada 1 hari tu aku bg dia makan telur goreng
memang bertambah worst la

ini sebahagian je yg aku sampai hati amik gambar...
kudis api atau bullous impetigo
dia bukan kudis buta
dia kudis yang berair-air dan bernanah
mula2 dia tumbuh kecik..pastu akan keluar air
air tu yang menyebabkan merebak
tapi imran punya tahap menanah
ada 1 pagi tu aku nak mandikan dia...sayu betul hati aku
tengok badan dia 1 badan menanah
Allahuakbar!! kesian betol
selera makan terus takde...and dia demam 38.5darjah
tapi aktif je melenting kat klinik memain...



masa dia demam tu..aku bwk pegi Klinik Pakar Kanak-Kanak Choo
terus doktor choo nak hantor ke hospital
tu yang aku menyampah tu...sikit2 nak ke hospital aje
kat Klinik Choo dah kene RM98


esoknya aku tak puas hati..
aku bawak Imran pegi Poliklinik Pertama kat Parit Jawa
aku jumpa Dr Balbir Singh Dhillon, Pakar Kulit
tu yang dia cakap Imran kene Kudis Api tu
dia bagi ubat gatal (minum), antibiotik dan Krim sapu

oh ya! sebelum ke klinik pakar kanak2 Chootu...aku bawak Imran pegi Klinik Asia
masa tu doktor kasi krim Neomycin dengan ubat gatal (minum)

begitulah ceritanya Imran dan Kudis api....

selain makan ubat dari 3 klnik berbeza (sindrom ibu panik disini)
dan ubat sapu yang aku sapu 3x sehari kat imran..
* aku kuarantin Imran dari sekolah (takut menjangkit kan)
* aku kuarantinkan Imran tidur dari Iffah
* aku mandikan Imran dengan Dettol
* aku basuh baju2 imran asing dari baju2 kami semua and letak Dettol sikit
* jaga makan imran sampai sekarang ni..tak bagi telor, sotong, udang, ayam
   mostly imran makan sayur je.imran becomes vegetarian now..hahaha

syukur alhamdulillah sekarang ni after 2weeks
Imran dah pulih
tapi belom pulih sepenuhnya
ada lagi sikit2
yang kat kaki yg dia punya Kapten tu ada sikit2 lagi

haiiii Imran...payah ibu nak besorkan ko nak....
dari baby dulu....
takpelah..dah jadi tanggungjawab ibu sama ayah

sekian..kisah imran dan si kudis api.....





 


PERSIAPAN SYAWAL

Macam orang-orang lain jugak
aku pon sama sebuk membeli baju especially baju anak2

sebenarnya...ada cerita pasal shoping baju raya ni
punyalah kelam kabut aku memilih...
dgn ramainya org kt K-Mall tu
dgn imran iffah yang merengek2 nak main keta...
sudahnya aku terpilih kaler Purple tua sebagai tema
mmg cun ahhh!! cun sangat-sangat!!
nangisss!!!


tahun ni tak mcm tahun lepas
tahun lepas...sebelum ramadan lagi aku dah siap beli
baju anak2 and baju aku laki bini

so far...persiapan baju dh oklah.yg simple2 aje
baju2 raya dah siap basuh pun :D
eksaited no nak raya!
mihmihmih

untuk rumah pulak...
laki aku belikan meja makan baru
yeay!!!
dan cat rumah luar dan dalam...

cuma.....ada 1 persoalan belum settle.....

nak raya kat mana?

gambar tahun lepas...tak sabar nak main bunga api lagi
 




Copyright to Scha Idha
Designed by UMIESUEstudio 2015