CHEF CILIK

ni kisah malam tadi
gigih aku membeli bahan-bahan 
untuk buat Puding Roti
sebenarnya niat hati nak menghabiskan roti tu
sebelum expired

aku guna resipi yang paling simple, paling mudah
dannnn paling sedap..kata laki aku sedap
sedap lettew
hihihiii

ni resipinya

Puding Roti Mudah Dan Sedap

Bahan bahan:

6 keping roti Gardenia
4 biji telur - pukul
1 tin susu cair
3/4 cawan gula pasir.tapi aku pakai gula perang
1 sudu kecil serbuk kayu manis (aku bubuh sikit jek,baunya kuat)
1 sudu kecil esen vanilla
2 sudu besar butter

Cara cara:
Panaskan oven pada suhu 170C. Potong roti kecil kecil atau potong 2 sahaja. Sapukan butter pada roti. Atau jika suka, butter boleh juga dicairkan dan dituangkan ke atas roti yang telah disusun dalam loyang.

Susun roti dalam loyang yang telah dilenser dengan butter. 

*step yang ni aku tak amik gambo. roti tu aku sapu butter pastu aku bakar dulu. taklah lembik sangat makan nanti

telor 4 bijik dikocok manja oleh dak imran

inilah dia chef cilik pertama

tinggal 5 saat dah dicampurnya tepung dalam telor. nasib sikit je. tu mulut dah terjelir tu sentap le tu kene marah
campuran susu cair, gula, esen vanila, serbuk kayu manis. aku letak butter 2sudu.kasi lemak berkrim

Di dalam bekas lain, satukan telur yang telah dipukul dengan susu, gula, serbuk kayu manis dan esen vanilla. Pukul sebati dan tuang ke dalam loyang.

Tekan tekankan roti dengan menggunakan garfu supaya ianya terendam di dalam adunan telur dengan sepenuhnya.

ni chef kedua.kasi main tepung je pon dah happy sangat

inilah hasilnya sebelum dibakar. taburkan chocolate chip kasi molek
Bakar selama 45 minit atau sehingga masak. Sedap dimakan semasa suam suam.

untuk sos kastadnya, aku boilkan fullcream.pastu letak gula ikot suka byk mana pastu letak esen vanila sikit.bila dah mendidih, aku masukkan campuran tepung jagung sikit-sikit sampai kepekatannya ikot suka mak kau jah oiii

maka, hasilnya.....jeng jeng jeng

tadaa!!!!
 
1/4 apak dia makan, 1/4 aku makan, 1/4 imran bawak gi skolah, 1/4 aku bawak ke opis...

sekian...wallahualam


No comments:

Copyright to Scha Idha
Designed by UMIESUEstudio 2015