Dah 2018???

Mashaallah
Dah 2018
Bukan bersawang
Tapi dah tahap berlumut

Banyak perkara yg dh berlaku
Kelahiran anak ke3..ihsan
Pemergian bapa mertua dan atok 

Semuanya tersemat rapi dlm memori ingatan

Semoga 2018 terus bertambah rezeki dan kebahagian

Inshaallah


SYAWAL 2016

Alhamdulillah
dapat puasa penuh sebulan tahun ni
walaupon penuh pancaroba
well...puasa dan pregnant beserta 2 orang budak yang hyper itu
bukan 1 perkara mudah ya
hahahahaaa

Alhamdulillah juga
raya aku belum bersalin
kalau tidak...mak pakai stokin nakkk
no rendang no ketupat
omg! i cannot....

macam biasa...raya puasa apaknya raya kat pergam
aku ngan anak2 dah balik palong awal 2 hari sebelum raya tu
aku tak kisah pon
bukannya dia tak balik
cuma lambat je
hehe

adalah sikit2 gambar raya tahun ni
yang sedihnya gambar 1 family takde!
tak sempat sebab jiran2 mak dah serbu nak beraya
 












SELAMAT HARI RAYA
semoga ada umur untuk tahun depan
amin...



3RD PREGNANCY

Kononnya nak buat diary pasal 3rd pregnancy
rupanya tiada kerajinan di situ
bahahahaa

Alhamdulillah mengandung ke 3 ni pun Allah permudahkan
mabuk2 manja dan mengada tu ada jugak seawal 3 bulan pertama
after 3bulan terus segar bugar makan takde tolak 1 hape pon

sampai 38 weeks hari ni amekaw berat badan 85.5 kg
nangislah nak turunkan berat badan pasni
hehehehe

sekarang ni tunggu hari je
harini 14.7.2016....due date doktor kasi 24.7.2016

so...tunggu jela...semoga Allah permudahkan
amin...
19 weeks

30 weeks...kot

35 weeks...kot kot

37 weeks..gambo ala2 tugu negara. kau mampu

38 weeks..confirm
adalah sikit2 amik gambo pregnant kali ni
terajin pulak..hehehe
hopefully tak la sampai 40 weeks ya
insha Allah


NO STORY YET NO ENTRY

Kan...
sampai dah nak beranak takde entry
kononnya nak buat "journey of my 3rd pregnancy"
sekali... nan hado!

dah 7 bulan lebih nandong
Alhamdulillah takde masalah
cuma masalah penambahan berat badan yg agak extreme
Mencanak2 naik bagaikan johan
bahahaha

11 hari lagi menuju ke bulan Ramadan
semoga aku dan anak dalam kandungan ni kuat
dan dapat puasa sebulan
Inshaallah



ISTERI VS TUNANG

Demam Isteri Vs Tunang sedang melanda
aku sekarang menjadi penunggu setia hari Isnin sampai khamis
bila jumaat je...alaaa malam ni takde Zaim Azfar dengan Alana Sofea
huhuhuhuuu

Amira Irdina tu psiko
tapi syok tengok gila dia tu
menghiburkan
si Mama Alana pon sama
menghiburkan
dengan roller2 rambut yang sentiasa dia pakai
heheheee

tapi ada la babak-babak yang tak masuk dek akal
yang macam...what??? in real life takde kot berlaku macamni
tapi apapun...Isteri Vs Tunang menghiburkan malam-malam ku laaa
hehehe
cant wait for tonight eposide..................




REUNION SEKOLAH

InShaaAllah 9hb dan 10hb April tahun ni
kitorang nak buat small gathering / reunion
kat Ismah Resort, Pengkalan Balak Melaka
untuk ex schoolmate sek me palong 7
since 1996 tak jumpa
aku la...dorang selalu je berjumpa
actually idea ni pon datangnya dari aku

dari 15 org tinggal 10 orang
jadiklah
aku jd bendahari
hehehe
kelako
hapah tak tau kerja
nasib ada kawan2 bantu
ehh...x sabo lak nak gathering






BAWAK BEKAL

sejak ngandung ni..aku rajin bawak bekal
a.k.a bento
tp bekal aku tak la rupa bento mcm kt fb
yg dorang dok upload kemain cantik-cantik tu
bekal aku, nasi dan 1 lauk
jadikla...buat alas perut
malam kang tinggal mkn simple2 aje
kadang2 aku makan biskut
kadang2 mkn roti je

hari ni aku bawak ayam masak sambal
actually hampir2 terhangus masakan aku
sebab sambil masak sambil mandikan imran
emak...kan multi tasking
hehehe

syukur...aku dah kenyang



Copyright to Scha Idha
Designed by UMIESUEstudio 2015